SEJARAH SEKOLAH

>> Friday, January 29, 2010

SEJARAH SEKOLAH ASAL SEKOLAH

Sebelum Perang Dunia yang Kedua iaitu lebih kurang pada tahun 1937 , sekolah ini hanya mempunyai sebuah bilik darjah dengan bilangan murid seramai 40 orang. Ketika itu , Encik Rajamanikam bertugas sebagai Guru Besar. Sekolah ini telah dikendalikan oleh pihak Majikan Ladang Matang yang terletak kira – kira 2 batu dari jalanraya Ladang Matang. Ketika perang meletus sekolah ini berhenti dari berfungsi. Selepas Perang Dunia tamat pada tahun 1946 , barulah sekolah ini mula berfungsi semula dengan adanya bantuan dari tuan punya ladang. Malangnya pada tahun 1966 ladang ini telah dijual kepada pihak – pihak yang tertentu dan mereka telah menjual semula dengan cara pecah – pecahan.

KEADAAN SEKOLAH DAHULU DAN SEKARANG

Sebenarnya bangunan sekolah ini adalah di pentas drama kuil Ladang Matang di mana pertunjukan – pertujukan pentas pada musim perayaan kuil tersebut diadakan. Kawasan bilik kelas adalah terlalu kecil dan sempit di mana panjangnya adalah ialah 3 kaki dan lebarnya 20 kaki. Disinilah pengajaran 3 buah kelas bercantum dijalankan selama beberapa tahun. Semenjak tahun 1970 murid – murid telah bertambah sehingga 75 orang. Tambahan murid – murid di sekolah ini menarik perhatian Jabatan Pelajaran Perak. Pihak Jabatan Pelajaran dengan sumbangan Jabatan Kerja Raya telah membaiki bangunan sekolah ini dan telah melebarkan kelas – kelas tersebut sehingga selebar 120 kaki persegi iaitu keadaan pada masa kini. Bangunan sekolah ini masih bersambung dengan Kuil Ladang Matang. Pejabat dan Pusat Sumber terletak di atas pentas manakala kelas – kelas adalah di bawah.

GURU BESAR

Guru Besar sekarang ialah Puan Pachayammal a/p Renggasamy. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini dari 22hb Julai 2004 setelah menggantikan Puan Letchumi a/p Subramaniam yang telah bertukar ke S.J.K(T) Batu Matang , Matang.

GURU - GURU DAN MURID – MURID

Pada masa ini terdapat 28 orang murid belajar disekolah ini dalam 6 buah kelas. . Nama guru – guru yang bertugas dan jawatan mereka di sekolah ini adalah seperti berikut

Pn.R.Pachayammal [ GURU BESAR ]

Pn.M.Amuda [ GURU KANAN ]

En.R.jagadeesan [ GURU HEM ]

En.N.Anbuselvan [ GURU KOKURIKULUM ]

Cik.S.Ranjeetham

En.T.Jayachelvan

Cik.M.Kalaivani

Cik.P.Logeswary

Cik.D.Shanmugavalli

Cik.J.Malarvili

Sekolah ini turut mempunyai seorang Pembantu Tadbir Gred N11.

Pn.Noraziela Bt.Tajol Aris

Mulai 01.08.2006 , dua orang jaga swasta ditugaskan untuk menjaga sekolah. Salah seorang daripada mereka akan bertugas dari 7.00 pagi hingga 7.00 malam manakala seorang lagi akan bertugas dari 7.00 malam hingga 7.00 pagi.

En.Subramaniam

Pn.Navamani

Kini hanya tinggal 28 orang murid sahaja. Masalah ini tidak dapat dielakkan kerana dengan fragmentasi Ladang Matang , ramai ibu bapa sudah pun bergerak ke bandar memandangkan pekerjaan di ladang ini hampir tiada. Tambahan lagi , kedudukan sekolah ini jauh daripada jalan utama menjadi masalah kepada pelajar yang ingin berdaftar di sekolah ini.

Cadangan kerajaan ialah sekolah ini akan ditempatkan di Sekolah Wawasan Matang. Namun cadangan ini tinggal sebagai cadangan sahaja kerana tiada respon dari pihak ibu bapa. Ini adalah kerana murid – murid mengalami masalah pengangkutan untuk pergi ke Sekolah Wawasan tersebut. Walaubagaimanapun peningkatan baru ini mununjukkan bahawa masyarakat tempatan sudah mula mempercayai kualiti pelajaran di sekolah ini.

Pada masa ini pihak sekolah menghadapi masalah keselamatan bangunan. Ini adalah kerana bangunan sekolah sekarang sudahpun usang dan terdapat beberapa bahagian mengalami kerosakan akibat serangan anai – anai. Maka pihak sekolah sedang giat mencari jalan untuk membaiki atau membina bangunan baru. Pihak sekolah amatlah berharap supaya bangunan sekarang dapat diselamatkan sebelum

menimpa sebarang kemalangan yang tidak diingini. Dengan adanya keberkatan Tuhan,sekolah ini akan mendapat bangunan baru tidak lama lagi kerana pembinaan sekolah ini telah ditanggung oleh Kementerian Pelajaran dan telah mendapat peruntukkan dalam Rancangan Malaysia ke-9.Bangunan baru akan dibina di belakang kuil.Semoga usaha ini direstui oleh Tuhan , supaya sekolah ini dapat terus melangkah ke hadapan dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.

Post a Comment

KEM KOKURIKULUM 2009

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2009

PROGRAM RIMUP 2009

  © Blogger template Snowy Winter by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP